|
||
Bila anda menekan butang Concord di kawalan utama, alat Concord Tool yang baru akan dibuka dan boleh dilihat di Windows Taskbar.
Sekarang, di dalam Concord, pilih File | New.
Jika tiada teks dipilih, anda akan diminta untuk memilih teks itu. Sila tekan butang "Choose Texts Now".
Setelah teks dipilih, isikan kata kunci yang ingin dikaji:
Di sini, saya telah memilih wherefore sebagai kata kunci saya. Selepas itu, tekan "OK".
Konkordans yang mengandungi kata kunci akan disenaraikan, jadi kesemua ayat yang mengandungi perkataan "wherefore" yang ada pemisah perkataan seperti tanda baca, ruang antara perkataan dan lain-lain lagi sebelum dan selepas perkataan itu akan ditampilkan.